
Fajar kini menyising pagi bakal memikul seribu erti
Wargaku mula mengalun rentak dan irama kendiri
Biar badai datang dan biarlah ia pergi
Kerana wargaku akan tetap megah berdiri
Sang matahari memuncak memancar bahang ke sanubari
Keringat wargaku berlinangan, bak hujan taufan membasahi bumi
Biar badai datang dan biarlah ia pergi,
Kerana wargaku akan tetap megah berdiri
Sang matahari beredar meninggalkan bumi
Namun masih wargaku tabah mencari rezeki
Biar badai datang dan biarlah ia pergi,
Kerana wargaku akan tetap megah berdiri
Sibulan datang menjadi pengganti
Wargaku pun pulang membawa diri
Badai menimpa dan seperti janjiku ia pasti pergi,
Azam ditanam tekad digembeling agar wargaku menyedari,
Pada fajar kali ini,
Kita duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi.
Shahril Riza Khan

0 comments:
Post a Comment