Monday, November 23, 2009

Merdekakah Aku?


Ingatkah kau wahai sahabatku
Detik dan ketika apabila mereka datang bertalu-talu
Mencuri identiti dan budaya hasil titik peluh dan keringat bangsaku
Ketika itu kau dan aku dibiar ditepian, menanti hari esok yang tidak menentu

Ingatkah kau laungan Tunku yang menawar hati merintih pilu
Kisah pahit yang mengaburi bumi keramat ini akhirnya dapat berlalu
Hilang semua pransangka maka hilang segala belenggu
Inilah Malaysiaku yang Merdeka,Malaysiaku yang bersatu

Namun merdekakah kita jika perbezaan yang dijadikan penentu?
Merdekakah aku jika kita masih melaungkan perpecahan ketika globalisasi menunggu?
Merdeka aku hanya apabila kita mencapai persada Malaysia yang satu
Dan Kuala Lumpurku berdiri teguh menjadi benteng yang melindungi negaraku

Esok Milik Wargaku




Fajar kini menyising pagi bakal memikul seribu erti
Wargaku mula mengalun rentak dan irama kendiri
Biar badai datang dan biarlah ia pergi
Kerana wargaku akan tetap megah berdiri

Sang matahari memuncak memancar bahang ke sanubari
Keringat wargaku berlinangan, bak hujan taufan membasahi bumi
Biar badai datang dan biarlah ia pergi,
Kerana wargaku akan tetap megah berdiri

Sang matahari beredar meninggalkan bumi
Namun masih wargaku tabah mencari rezeki
Biar badai datang dan biarlah ia pergi,
Kerana wargaku akan tetap megah berdiri

Sibulan datang menjadi pengganti
Wargaku pun pulang membawa diri
Badai menimpa dan seperti janjiku ia pasti pergi,
Azam ditanam tekad digembeling agar wargaku menyedari,

Pada fajar kali ini,
Kita duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi.

Shahril Riza Khan